Monday 9 December 2013

Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia  (Mayer, 2001) adalah berasaskan kepada Teori Beban Kognitif  Sweller (Sweller, 1999; Chandler & Sweller, 1991), Teori Pengekodan Dual Paivio (Clark & Paivio, 1991; Paivio, 1986) dan Model Ingatan Kerja Baddeley (Baddeley, 1992). Terdapat tiga prinsip dalam Teori Kognitif Pembelajaran Bermakna  iaitu (1) dua saluran pemprosesan maklumat; (2) kapasiti terbatas; dan (3) pemprosesan aktif. Sehubungan itu, teori ini mencadangkan pembinaan pengetahuan melibatkan lima peringkat iaitu (1) Memilih perkataan yang relevan untuk diproses dalam ingatan kerja verbal; (2) Memilih imej  yang relevan untuk diproses dalam ingatan kerja visual; (3) Menyusun perkataan yang dipilih ke dalam bentuk model mental verbal; (4) Menyusun imej yang dipilih ke dalam bentuk model mental visual; dan (5) Mengintegrasikan perwakilan verbal dan perwakilan visual dengan pengetahuan sedia ada (Mayer, 2009). Secara ringkasnya, teori ini digambarkan sepertimana di bawah